Saturday, November 28, 2015

Kerajaan Sebenar

Dari Facebook Abdul Rahman Dan Zaujah

KERAJAAN SEBENAR ADALAH DALAM ILMU!
Disebutkan dalam Kitab Tarikh Dimasyq karangan Ibn 'Asakir (1) dan Kitab Sifatus Sofwah karangan Ibnul Jauzi (2):
Asy’ath bin Shu’bah bercerita: “Khalifah Harun Ar-Rashid telah singgah di Raqqah / Riqqah (nama tempat). Ketika itu manusia sedang berasak-asak mengiringi seorang ulama terkenal iaitu Abdullah Ibnul Mubarak sehinggakan ada capal yang terputus dan debu berterbangan di udara. Keadaan itu menarik perhatian isteri Khalifah Harun Ar-Rasyid dari sebuah menara dari istana kayu. Apabila dia melihat orang ramai (berkumpul) dia bertanya: ‘Apa yang sedang berlaku?’ Orang ramai menjawab: “Orang ramai sedang menyambut ulama dari Khurasan! Beliau digelar Abdullah Ibnul Mubarak!”. Lantas dia berkata: “Demi Allah, ini barulah kerajaan! Bukannya kerajaan Harun, yang tidak mampu mengumpulkan manusia melainkan dengan (kerahan) polis dan orang-orang kanan"
Beruntunglah para ahli ilmu. Mereka telah mendapat kerajaan yang sebenar. Ke mana sahaja dia pergi, orang akan menyambutnya dan mengiringinya. Tidak disuruh, tidak dipaksa. Bahkan semuanya digerakkan oleh Allah untuk memuliakan ilmu yang ada di dadanya.
Sia-sialah orang yang membinasakan masa belajarnya dengan mengejar kerajaan yang palsu. Habis belajar, kerajaan palsu yang selama ini dikejar pun tak dapat, kerajaan yang sebenar apatah lagi?
Sedangkan orang yang benar-benar belajar, menadah Kitab, bersuhbah dengan guru, rajin membaca dan mengkaji, balik sahaja ke kampung halaman, Allah sediakan bagi mereka kerajaan yang sebenar.
Semoga Allah celikkan mata hati kita semua.
______________________________________
(1) Bahagian Harf Al-'Ain, Bab Zikr Man Ismuhu Abdullah, Abdullah Ibnul Mubarak.
(2) Jilid 2, halaman 325, Cetakan Darul Hadith, Kaherah.

*Ada dlm riwayat tmbhn..dari mufti. Taqi uthmani.. . Khlaifah terdengar sprt bunyi dentuman dan srpt suara tentera yg ingin menyerang negara musuh..bila ditanya bunyi apakah itu..isteri beliau beritahu itulah suara ank murid abdullah bin mubarak..bila abdulllah bin mubarrak bersin..dan ucap Alhamdullilah.. lalu dibalas dgn para anak murid beliau..

******************

Manusia reka sistem pendidikan sekolah, kemudian reka kaedah untuk menilai (peperiksaan) dan beri markah dan gred. Siapa dapat A dia dianggap terdidik, siapa dapat E dianggap kurang terdidik. Kemudian pelajar berlumba2 mengejar A supaya jadi manusia terpelajar. Hasilnya, manusia lupa apa itu pendidikan yang sebenar dan walaupun dapat banyak A tapi tak kenal Allah dan kehidupan macam orang jahil.
Manusia reka sistem politik pemerintahan, kemudian reka kaedah demokrasi untuk lantik pemimpin. Siapa dapat undi banyak dia dapat jadi pemimpin, siapa dapat undi kurang dia gagal. Kemudian golongan nak perjuangkan Islam berlumba2 mengejar supaya dapat undi banyak dan dapat jadi pemimpin. Hasilnya, mereka lupa dan tak dapat nak faham apa itu kerajaan sebenar dan usaha atas politik merosakkan proses islah yang mereka sedang lakukan dan perpecahan demi perpecahan berlaku.
Jika majority Muslims ada solidarity bersama ulama haq, tak perlu kita iri dan dengki dengan siapa yang dapat undi banyak. tak perlu takut dengan korupsi pemimpin politik demokrasi. Korupsi mereka akan ditanya Allah di akhirat. Tapi kita akan ditanya Allah jika tidak menasihati pemimpin yang korup. Menasihati pemimpin korup bukan bertujuan untuk menjatuhkan mereka tapi supaya mereka kembali kepada Allah, seperti Musa A.S. dan Harun A.S. menasihati Firaun bukan untuk mengambil alih kerajaan Firaun tapi supaya Firaun beriman. Kejatuhan Firaun bukan keputusan Musa A.S. dan Harun A.S. tapi keputusan Allah SWT. Begitu juga menjatuhkan pemimpin korup zaman ini bukan keputusan kita tapi keputusan Allah SWT. Sampai suatu tahap dakwah kepada Firaun telah dibuat, barulah Allah buat keputusanNya. Allah yang mengangkat pemimpin dan menjatuhkan pemimpin, sesiapa yang Dia kehendaki. Itulah reality yang sama dari dulu sampai sekarang tidak berubah. Jika kisah Musa A.S. dan Firaun mempunyai reality berbeza dengan keadaan kita zaman sekarang, tidak perlulah Allah letakkan kisah itu dalam Quran. Tapi kerajaan rekaan manusia menyebabkan kita tak faham reality ini, umpama manusia tidak lagi faham apa itu pendidikan kerana mengejar markah dan gred dalam peperiksaan.
Jika majority Muslims ada solidarity bersama ulama haq, tak perlu kita iri dan dengki dengan siapa yang dapat undi banyak. tak perlu takut dengan korupsi pemimpin politik demokrasi. Apabila ummat ini belajar dari ulama yang haq, yang kaya akan bantu yang miskin, yang jahil akan belajar dengan yang alim, golongan professional akan minta nasihat ulama dalam hal agama, golongan ulama akan minta nasihat golongan professional dalam bidang mereka, amir yang dilantik adalah berkhidmat untuk orang bawahan dan orang bawahan memudahkan kerja amir; mereka semua berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Semua ini tak perlu kepada system pemerintahan politik yang direka oleh manusia. Biarkan mereka dengan "dunia" rekaan mereka. Kerajaan ini tak perlu kepada apa2 label seperi negara itu dan ini diberi label. Kerana inilah kerajaan yang sebenar tanpa apa2 label manusia. Sesiapa pun boleh jadi "rakyat" kepada kerajaan ini, hanya perlu ucapkan Laa ilaah illallah!