Tuesday, May 19, 2015

Pesanan Untuk Ahli Jemaah Tabligh

Berikut adalah pesanan dari seorang pelajar madrasah yang banyak bersuhbat dengan ulama dari Jemaah Tabligh:

*******COPY/PASTE*******

Josh tu bagus, tapi elders pesan, bila josh (semangat), wajib ada hosh (kebijaksanaan). Sahabat-sahabat Nabi SAW semuanya josh belaka, tapi mereka ada hosh, hikmah, kebijaksanaan, toleransi, akhlak. Kalau dah sampai kutuk ulamak non-tabligh, hutang tak mau bayar atas
 alasan "bila kita korban lagi, nanti Allah bayar hutang kita" dan sebagainya, itu josh yg tidak diterima oleh Allah SWT, Nabi SAW, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin, para wali, para ulama, para elders dan mashaikh kita dan tak layak mengaku "itu cara nabi" sebab ia bukan cara nabi.

cara yg mirip cara nabi ialah, hosh (hikmah) mesti diutamakan kemudian baru josh (semangat).

saya pernah baca dari tulisan seorang ustaz, katanya maulana ilyas pernah cakap yang dia ketahui 70 cara dakwah yg dilakukan nabi, tp beliau cuma ambil satu (cara yg tabligh guna) dan istiqamah dlm satu cara ini.

jadi sebab itulah masyaikh larang kita nafikan usaha lain kerana mungkin ia termasuk dlm 70 metod dakwah nabi yg dimaksudkan ml ilyas, cuma kita disuruh istikhlas iaitu tetap dgn kerja kita supaya tak celaru metod. sperti mana kita dituntut utk istikhlas menganut mazhab syafie tanpa menyalahkan mazhab lain. bukan beerti mazhab lain salah, tp kita tak ambil mazhab lain sbb nanti akan bercelaru amalan kita yg akhirnya akan menyebabkan kerosakan agama dlm diri kita.

jadi kita perlu raikan dakwah2 usaha lain seperti dakwah toriqah, dakwah pondok, dakwah habaib, dakwah wali songo, yg mana mereka ini terlebih dahulu wujud dan menjadi asbab islam tersebar di seluruh dunia khasnya nusantara sebelum datangnya tabligh.

kita lapangkan dada dan berterima kasih pd mereka kerana hidupkan dakwah cara nabi yg kita belum buat.

tapi utk kita, kita buat kerja ikut tertib yg ditetapkan pada kita. utk kelangsungan kerja. bukan untuk menafikan kerja lain dan josh buta tuduh semua sesat kecuali kita. tuduh semua bidaah kecuali kita je yang paling "mirip" cara nabi.

sebelum tabligh wujud, para wali dan ulama dah sebarkan agama di seluruh dunia bukan dengan cara tabligh. wujud islam di malaysia juga bukan dengan cara tabligh. mereka bukan keluar dakwah 3 hari, 40 hari mcm kita. tapi mereka keluar rumah, tak balik terus. sehingga hari ini saya dan tuan2 kenal islam asbab para wali dan habaib dan maulana2 dari yaman, india yg dtg berdagang+berdakwah+mengajar+bertariqat di nusantara.

malangnya, selepas kita dapat islam asbab usaha mereka. hari ini segelintir kita kata mereka salah dan sesat kerana tidak ikut "cara nabi" (yang mereka fahami hanya tabligh je cara nabi, sedangkan seperti yg ml ilyas katakan, ada 70 lagi metod dakwah nabi yg beliau tidak dedahkan pada karkun2).

tapi kerana sebahagian daripada kita tidak berdamping dgn masyaikh, maka sebahagian kita ditipu syaitan sehingga disuntik rasa tak senang hati pd mereka (dakwah pondok, habaib, tariqat, wali2 dll yg tak guna metod tabligh).

ini bukan kehendak elders kita.

elders larang kita taksub (anggap diri sendiri dan usaha sendiri je betul, yang lain semua salah) sebab ia sifat iblis yang anggap dia je betul, yang lain semua salah dan org yg amalkan sifat ini akan berada dalam kemurkaan Allah sptimana iblis dimurkai Allah sampai bila2. 

Tapi elders perintahkan kita utk tamassuk (yakin kerja yg dibuat dah betul, dlm masa yg sama kerja lain pun dihargai dan sentiasa risau kerja siapa yang akan Allah terima) dan istikhlas dengan jalan kita kerana ia sifat para sahabat yang berlapang dada sesama mereka tatkala khilaf dalam sesuatu perkara dan berada dalam rahmat Allah kerana khilaf dlm ummah ini rahmat.

inilah hakikat istikhlas yang selalu disebut2 elders kita. istikhlas akan datangkan kasih sayang kpd semua pekerja agama.

moga Allah bagi kita faham dan bagi kita taufik untuk sayangi semua umat nabi dan layan mereka samarata, bukan sayangi karkun sahaja.

sebenarnya, tanggungjawab kita ialah bawa agama yang sempurna dalam diri kita dan umat. bukannya "tabligh" kan umat. sebab kerja tabligh ni kerja agung, ia kerja para nabi, jadi bukan semua boleh dapat. yang mana ALLAH PILIH je boleh buat keja. sbb tu selalu disebut masyaikh yg kerja ni qabulliat, bukan pilihan.

kita berusaha "kenalkan" kerja ni pada semua org, pada seluruh umat, tapi yg mana Allah pilih je akan dapat usaha ni.

tapi, kalau AGAMA, ia untuk SEMUA. seluruh umat WAJIB sempurnakan agama dalam diri mereka.

jadi seorang karkun sejati, dia akan gembira bila "agama" hidup. bukan gembira bila tengok jumlah ahli tabligh yang meningkat. 

seandainya dalam dunia ni ramai orang tabligh, tapi agama tak hidup, ia tetap GAGAL.

tabligh bukan maksud, ia usaha qabuliat, ia wasilah.

maksud ialah AGAMA perlu dihidupkan.

jadi hargailah org islam walaupun mereka bukan karkun. bila mereka sujud pada Allah, itu dah sepatutnya buat kita sangaaaattt gembiraaa kerana agama sedang dihidupkan.

sebab tu masyaikh tak berminat pun nak tahu berapa ramai karkun yang wujud dalam dunia ni, tapi yang masyaikh berminat nak tahu ialah apakah agama hidup di muka bumi ni, berapa amal yang hidup, berapa banyak masjid hidup.

kita pulak yang tak faham2 ni, asyik sibuk dengan "jumlah ahli". bila ijtimak, pertama sekali kita teruja ialah "jumlah kehadiran".

wallahi, Allah hanya perlu datangkan seorang sahaja karkun untuk ubah seluruh dunia. (cthnya spti maulana ilyas)

Allah tak perlu berjuta2 ahli tabligh utk hidupkan agamanya.

jadi jgn tertipu dgn nama jemaah, jgn tertipu dgn jumlah ahli, itu semua permainan syaitan untuk buat kita leka. kita istiqamah sungguh2 dalam kerja. jangan sibuk nak islah orang. sebab kerja kita islah diri. islah orang tu kerja Allah.

banyakkan berdamping dgn elders, insyaAllah kefahaman kita terhadap tabligh akan kona baring 360 darjah.


saya teringat pernah baca malfuzat ml ilyas. kata beliau lebih kurang. "kita ni tak layak buat kerja ni, sebab tu kita kena usaha kenalkan usaha ni pada semua orang supaya orang yang layak akan ambil kerja ni (dan jadi asbab hidayat sluruh alam)." lebih kurang la.... aduh... tinggi betul ml ilyas ni..... cry emoticon terasa jauh sgt menyimpang bila sedar kefahaman elders kita yg tinggi2 ni.

*******COPY/PASTE*******



1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete