Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Penzalim dan Yang-Dizalimi

"Selalunya Yang-Dizalimi akan menjadi Penzalim dalam memerangi kezaliman."

Pada zaman ini, slogan memerangi kezaliman pemimpin dan penindasan oleh pihak atasan menjadi semakin popular. Ini adalah slogan yang selalu dilaungkan oleh golongan yang merasa mereka telah dizalimi oleh pihak tertentu.

Rakyat yang merasa mereka dizalimi oleh pemerintah.
Orang miskin yang merasa mereka dizalimi oleh golongan kaya.
Golongan proletarian yang merasa mereka dizalimi oleh golongan borjuis.

Dengan hanya bergantung akal yang dipandu emosi, rakyat, golongan miskin, dan golongan proletarian akan berfikir bahawa kezaliman hanya akan berakhir jika penzalim dihilangkan daripada kekuasaan yang membolehkan mereka melakukan kezaliman. Oleh itu, tindakan yang lazim ingin mereka ambil bagi memerangi kezaliman ialah dengan menjatuhkan mereka dalam segenap sudut.

Golongan penzalim pula akan merasa yang mereka terancam dan berusaha mempertahankan kedudukan dan kekuasaan mereka.

Pemikiran begini akan menyebabkan golongan yang dizalimi akhirnya mereka sendiri menjadi penzalim dalam dua konteks:

1) Mereka akan menzalimi penzalim dengan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan penzalim termasuk memfitnah, mencerca, dan mensabotaj penzalim. Ini semua dilakukan atas alasan tidak salah berbuat demikian untuk menegakkan keadilan.

2) Mereka akan menzalimi penzalim dengan tindakan-tindakan yang menutup ruang-ruang untuk penzalim bertaubat dan berubah kepada kebaikan.



Nabi SAW bersabda "Berbuat baik pada orang yang berbuat baik padamu, tetapi jangan berbuat zalim terhadap orang yang menzalimimu."
Pujangga bermadah, "Semakin diubati, penyakit semakin bertambah."

Monday, October 13, 2014

Teori Kritikal

Toeri Kritikal atau yang selalu didengar sebagai Critical Theory dalam falsafah adalah suatu gerakan yang bertujuan menjadikan falsafah sebagai alat untuk kebebasan (emancipate) manusia. Antara pelopor pemikiran ini ialah Max Horkheimer dan Frankfurt School dan critical theory telah berkembang dan bercambah kepada pelbagai gerakan-gerakan sosialis seperti feminism dan critical race theory. Gerakan ini wujud bila adanya golongan tertindas di Amerika, yang ditindas oleh majority lelaki berkulit putih. Pada tahun 1960, mulanya pemberontakan radikal di kalangan intellectual di Amerika.

Setelah era globalisasi bermula, pemikiran radikal ini semakin berleluasa di seluruh dunia. Mungkin Arab Spring yang berlaku adalah sebahagian kesan daripada gerakan Teori Kritikal ini. Di Malaysia juga, kita boleh lihat semakin ramai rakyat berani bersuara dan mempersoalkan institusi-institusi tertentu seperti Kesultanan, ketuanan Melayu, peranan JAKIM, sistem persekolahan, dan lain-lain.

Kebanyakan pemikiran sosialis ini bertujuan untuk membebaskan manusia dari penindasan menggunakan kaedah radikal. Tetapi, ada juga yang tidak bersetuju dengan kaedah radikal, contohnya seperti Habermas dengan Theory of Communicative Action yang bertujuan menghubungkan aspek subjektif dalam manusia melalui proses komunikasi inter-subjektif.

Adakah Teori Kritikal suatu gerakan yang akan memberi kebaikan kepada Malaysia? Mungkin kita perlu kritikal terhadap Teori Kritikal...