Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

Ekonomi Yang Bagus Dapat Selesaikan Masalah Dunia Islam?

Masalah orang Islam hari ini bukanlah kerana tiada harta (ekonomi). Kalau dihimpun semua harta2 orang Islam zaman ini dan digunakan atas satu maksud, nescaya akan cukup untuk menggegarkan dunia.
Tetapi tanpa bantuan Allah, harta bergunung pun tiada guna. Bantuan Allah hanya apabila kita hidup seperti Nabi SAW dan para salafussoleh seperti Sayyidina Umar RA dan para Sahabat yang lain. Bila kita cerita tentang para Sahabat, semua nak jadi macam Abdur Rahman bin Auf (yang kaya) dan tiada siapa peduli kisah Abu Hurairah (dan sahabat-sahabat lain yang miskin).
Kita anggap masalah Umat dapat diselesai jika dan hanya jika (if and only if) kita ada benda-benda dunia sehingga kita faham Quran pun dengan kaca mata dunia. Pernah jumpa risalah MLM guna ayat Surah Al-Asr "Demi Masa sesunggugnya manusia dalam kerugian..." kemudian menggunakan ayat itu untuk ajak orang join MLM. Dalam suatu program seorang imam guna ayat Surah Ali Imran "WasariAAoo ila maghfiratinmin rabbikum" dan berkata kita kena bersegera bersaing dalam ekonomi supaya orang Islam maju (sedangkan ayat itu suruh kita bersegera kepada maghfirah/keampunan Allah).
Menjadikan semua orang Islam kaya dan maju dalam ekonomi tidak menjamin masalah2 umat Islam diperbaiki. Kekayaan sama ada akan membawa keberkatan, ataupun kehancuran kepada umat Islam. Berapa ramai orang Islam yang kaya tetapi semakin jauh daripada Allah? Berapa ramai orang2 Islam yang kaya tetapi tidak pedulikan orang2 miskin? Yang kaya nak lagi kaya dan yang miskin tidak bersyukur dengan apa yang ada?


Tuesday, March 17, 2015

Jangan Meminta dan Mengharap Pada Makhluq

Di dalam Surah Yusuf, ada kisah Nabi Yusuf AS meminta bantuan seseorang supaya orang itu memberitahu kepada Raja akan keadaan Yusuf AS yang tidak bersalah tetapi dipenjarakan.
Kemudian pada ayat 42, Muhsin Khan memberi dua pendapat dalam terjemahan: "And he said to the one whom he knew to be saved: "Mention me to your lord (i.e. your king, so as to get me out of the prison)." But Shaitan (Satan) made him forget to mention it to his Lord [or Satan made [(Yusuf (Joseph)] to forget the remembrance of his Lord (Allah) as to ask for His Help, instead of others]. So [Yusuf (Joseph)] stayed in prison a few (more) years."
  1. Syaitan membuatkan orang tersebut lupa untuk memberitahu kepada Raja akan ehwal Nabi Yusuf AS. Disebabkan ini, Yusuf AS berada di dalam penjara beberapa tahun lebih lama.
  2. Syaitan membuatkan Nabi Yusuf AS lupa dari mengingati Allah dan menyebabkan Yusuf AS meminta bantuan kepada selain dari Allah. Disebabkan ini, Yusuf AS berada di dalam penjara beberapa tahun lebih lama.

Semoga semua pejuang Islam yang kini berada di dalam penjara tidak lupa untuk mengingati Allah dan meminta bantuan hanya kepada Allah, dan tidak meminta-minta kepada mana-mana Raja ataupun negara luar seperti Amerika.


Atas Pagar

Seseorang itu "berdiri atas pagar" kerana "pagar" itulah haq, dan "terjatuh ke kiri atau kanan" itulah bathil...jadi dia bukan tidak menyebelahi mana-mana pihak...tetapi dia menyebelahi haq dan menentang bathil.
Yang mana haq dan yang mana bathil itu bergantung kepada kaca mata kita...ada orang memakai kaca mata politik kepartian untuk menjustifikasikan mana satu haq atau bathil...ada orang memakai kaca mata Al-Quran dan Sunnah.


Monday, March 2, 2015

Pandangan Alam

Dari Kitab Hayatus Sahabah, mengisahkan peristiwa Fathhul Makkah. Ketika rombongan para Sahabat (R.Hum) berbondong-bondong memasuki Kota Mekah, Rasulullah S.A.W. memerintahkan Abbas (RA) untuk membawa Abu Sufyan (yang ketika itu belum Islam) ke suatu kawasan di mana mereka dapat melihat rombongan-rombongan yang masuk.
 
Kabilah demi kabilah, panji demi panji, kumpulan demi kumpulan, yang berarak masuk ke Kota Mekah. Setiap kabilah yang lalu, Abu Sufyan bertanya kepada Abbas (RA), "Kabilah manakah mereka ini?" dan Abbas (RA) akan menjawab "Kabilah sekian-sekian..."
 
Apabila tiba rombongan Rasulullah S.A.W. bersama para Sahabat dari golongan Ansar, Abu Sufyan bertanyakan kepada Abbas (RA), "Wahai Abbas, siapakah mereka?" Abbas (RA) menjawab "Mereka ialah orang-orang yang tidak takut untuk menumpahkan darah musuh." Itu ialah Rasulullah S.A.W. bersama orang-orang Ansar."
 
Abu Sufyan berkata "Aku telah melihat kerajaan Kisra (Parsi) dan Ceaser (Rome) tetapi aku tidak pernah melihat kerajaan seperti kerajaan anak saudaramu ini." Mendengarkan ini, Abbas (RA) menjawab "Ini Nubuwwah."
 
Islam tidak bangkit seperti Rom, Parsi, atau Barat, bangkit, tapi Islam bangkit melalui Nubuwwah. Masalahnya kita tidak faham apa itu Nubuwwah. Untuk kita faham apa itu Nubuwwah, kita perlu ubah pandangan alam (worldview) kita daripada pandangan alam secular kepada pandangan alam Islam.
 
Di dalam salah satu post facebook Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau mengatakan "Pandangan Alam Islam adalah seperti sebuah peta perjalanan dari Tuhan utk kembali kepada Tuhan dan mendapatkan keredhaanNya. Jika peta itu jelas, kerana dilakarkan dgn tepat dan hati2 oleh Nabi SAW dgn rantaian sahabat, tabiuun dan ulamak muktabar sepanjang zaman, perjalanan kita akn tiba ke destinasi dgn sejahtera. Jika kita tergelincir atau tersalah jalan, kita masih dpt mencari kembali jalan yg betul kerana petanya jelas dan tidak berubah. Warna tulisan, saiz petunjuk, jarak antara tempat2 blh berubah tetapi makna, tujuan, adab dan tatacara serta tanda2 utama perjalanan tidak blh berubah. Aliran sekular dan liberal melampau, juga aliran agama yg sempit sebenarnya cuba merobah peta perjalanan suci ini. Hanya dgn pelbagai ilmu luas dan mendalam, berdasarkan peta yg tepat dan jelas, kita blh tiba ke destinasi yg diredhaai."
 
Di dalam post yang lain, beliau berkata "Orang-orang berfahaman sekular menganggap semua agama adalah hasil ciptaan akal dan kebudayaan Umatnya. Justeru itu, dalam kelompok ilmiah dan penyelidikan, mereka biasanya meletakkan agama dan penyelidikan tntnang agama di bawah ilmu kemanusiaan dan sains sosial. Islam bukan hasil akal dan kebudayaan Manusia. Malah agama Islamlah yg menentukan tujuan dan batas2 akal serta mencorakkan kebudayaan Umatnya. Kegiatan dan penyelidikan tentang agama Islam serta peradaban yg dilahirkannya harus diletakkan DI ATAS semua bidang-bidang2 keilmuan, sains dan teknologi, BUKAN di bawah atau di dalam semua itu.
Paling minima, kegiatan dan penyelidikan tentang Islam dan peradabannya harus berdiri sendiri tetapi berkait dan berhubungan rapat dgn semua yg lain.  Umat Islam harus melihat ilmu dan mengatur kegiatan keilmuan dan segala perkara lainya mengikut pandangan alamnya sendiri, bukan terikut-ikut dgn yg lain yg menyalahi prinsip2 utamanya.
 
Apabila orang-orang Islam mula terikut-ikut dengan pandangan alam secular, maka muncullah orang-orang Islam yang ingin memperjuangkan Islam dan kebaikan tetapi melihat Islam tetapi mereka tidak sedar yang mereka memiliki pandangan alam sekular. Mereka tidak merasakan yang mereka sekular kerana perjuangan mereka untuk menegakkan keadilan dengan memetik ayat-ayat Quran dan Hadith. Tetapi mereka tidak sedar yang mereka telah meletakkan Islam di BAWAH ilmu kemanusiaan dan sains sosial.

 Pujangga bermadah, "Semakin diubati penyakit semakin bertambah."
 
 
 

Saturday, February 14, 2015

Institutionalized Religion Versus Institutionalized Organization

Di Barat, kalau kita sebut "institutionalized religion" ia akan membawa maksud yang negatif. Ia bermakna agama yang mempunyai organisasi berhierarki, mempunyai ketua yang authoritative, mengajar secara indoktrinasi, dan tiada siapa boleh mencabar ajaran agama tersebut.

Perkara yang pelik ialah kenapa istilah "institutionalized" apabila digunakan untuk agama ia menjadi istilah yang negatif, tapi jika digunakan untuk sesuatu organisasi sekular tidak dianggap negatif?
Contohnya, kalau Presiden dan orang-orang besar dalam sesebuah universiti merangka polisi dan perlembagaan universiti, majoriti orang akan taat dan ikut. Perkara ini penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah organisasi besar seperti sebuah universiti. Bayangkan kalau semua orang menolak institusi pendidikan dan masing-masing bebas mengeluarkan sijil pengiktirafan atas usaha peribadi dalam mendalami sesuatu bidang? Apa akan jadi pada masyarakat?

Hakikatnya, Barat menjadikan istilah "institutionalized religion" sebagai negatif disebabkan sejarah Kristian Katolik yang pada suatu masa dahulu telah menayalahgunakan agama sebagai alat untuk menindas masyarakat. Perkara ini tidak akan dapat dipadam oleh sejarah. Reaksi terhadap kekejaman Kristian Katolik ialah gerakan untuk membebaskan manusia daripada agama, daripada Tuhan, atas alas an (semua) agama itu menindas.

Sangat menyedihkan, kesilapan yang dilakukan Kristian Katolik menyebabkan semua agama telah dihukum sebagai menindas.

Antara yang terpengaruh dengan pemikiran Barat ini ialah golongan Muslim. Kita dapat lihat semakin ramai masyarakat Muslim telah mula mempertikaikan autoriti 'ulama. Apabila golongan Kristian mewujudkan kumpulan Protestant (yang membawa fahaman bahawa Bible boleh ditafsir oleh setiap penganut Kristian secara individu) sebagai bantahan kepada penindasan Katolik, ada juga Muslim yang terpengaruh dengan fahaman tersebut dan yaqin bahawa Quran boleh ditafsir tanpa rujukan mana-mana ulama.

Islam tidak seperti Katolik atau Protestant. Dalam Islam, sesiapa boleh mentafsir Al-Quran TETAPI dengan syarat: Orang yang menafsir Al-Quran mestu menguasai ilmu untuk mentafsir Al-Quran, dan tidak menafsir mengikut pemikiran sendiri tanpa ilmu yang sahih.

Kesimpulannya, institutionalized religion tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang negative, tetapi perlu bersihkan supaya hanya 'ulama yang haq sahaja yang menerajui sesuatu institusi agama.

Lihatlah adab-adab seorang pelajar agama dan ciri-ciri ulama akhirat dalam buku "Kitab Adab-Adab Pelajar: Bersamanya Himpunan Sifat-Sifat Ulama Akhirat"