Diriwayatkan daripada 'Umar bin Khattab r.a. berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: " Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya. "
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Berdasarkan hadith di atas, "ikhlas" adalah perkara yang penting dalam setiap amalan. Apa yang dimaksudkan dengan "Ikhlas" ?
Ikhlas ialah melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah. Ada orang melihat atau tiada orang melihat, kita tetap melakukan amalan tersebut.
Ikhlas ini adalah rahsia Allah. Tiada siapa boleh menentukan seseorang itu ikhlas atau tidak dalam amalannya. Kadang-kadang, individu yang sedang beramal itupun tidak tahu sama ada dia ikhlas atau tidak.
Ada juga yang berpendapat sehingga Malaikat pun tidak tahu amalan individu tertentu ikhlas atau tidak; Malaikat hanya bertugas membawa amalan tersebut kepada Allah dan hanya Dia yang Maha Mengetahui sama ada amalan tersebut ikhlas atau tidak.
Namun begitu, seseorang yang ikhlas akan istaqamah dalam amalannya. Sama ada dilihat orang atau tidak, dia tetap istiqamah dengan amalannya. Kerana amal tersebut bukan untuk manusia, tetapi semata-mata untuk Pencipta.
Maka, perkaitannya dengan entry pertama blog ini ialah untuk menegaskan bahawa sekiranya blog ini ditulis dengan ikhlas, ialah bukanlah bertujuan untuk menarik manusia membacanya, menyukainya atau membencinya...
Tapi semata-mata untuk kendapat keredhaan Allah...
Dan sekiranya blog ini benar-benar ikhlas...ia akan istaqamah.
Ye..Moga Allah menolong kita supaya ikhlas dalam setiap amalan dan perbuatan. :)
ReplyDelete