Saturday, November 28, 2015

Kerajaan Sebenar

Dari Facebook Abdul Rahman Dan Zaujah

KERAJAAN SEBENAR ADALAH DALAM ILMU!
Disebutkan dalam Kitab Tarikh Dimasyq karangan Ibn 'Asakir (1) dan Kitab Sifatus Sofwah karangan Ibnul Jauzi (2):
Asy’ath bin Shu’bah bercerita: “Khalifah Harun Ar-Rashid telah singgah di Raqqah / Riqqah (nama tempat). Ketika itu manusia sedang berasak-asak mengiringi seorang ulama terkenal iaitu Abdullah Ibnul Mubarak sehinggakan ada capal yang terputus dan debu berterbangan di udara. Keadaan itu menarik perhatian isteri Khalifah Harun Ar-Rasyid dari sebuah menara dari istana kayu. Apabila dia melihat orang ramai (berkumpul) dia bertanya: ‘Apa yang sedang berlaku?’ Orang ramai menjawab: “Orang ramai sedang menyambut ulama dari Khurasan! Beliau digelar Abdullah Ibnul Mubarak!”. Lantas dia berkata: “Demi Allah, ini barulah kerajaan! Bukannya kerajaan Harun, yang tidak mampu mengumpulkan manusia melainkan dengan (kerahan) polis dan orang-orang kanan"
Beruntunglah para ahli ilmu. Mereka telah mendapat kerajaan yang sebenar. Ke mana sahaja dia pergi, orang akan menyambutnya dan mengiringinya. Tidak disuruh, tidak dipaksa. Bahkan semuanya digerakkan oleh Allah untuk memuliakan ilmu yang ada di dadanya.
Sia-sialah orang yang membinasakan masa belajarnya dengan mengejar kerajaan yang palsu. Habis belajar, kerajaan palsu yang selama ini dikejar pun tak dapat, kerajaan yang sebenar apatah lagi?
Sedangkan orang yang benar-benar belajar, menadah Kitab, bersuhbah dengan guru, rajin membaca dan mengkaji, balik sahaja ke kampung halaman, Allah sediakan bagi mereka kerajaan yang sebenar.
Semoga Allah celikkan mata hati kita semua.
______________________________________
(1) Bahagian Harf Al-'Ain, Bab Zikr Man Ismuhu Abdullah, Abdullah Ibnul Mubarak.
(2) Jilid 2, halaman 325, Cetakan Darul Hadith, Kaherah.

*Ada dlm riwayat tmbhn..dari mufti. Taqi uthmani.. . Khlaifah terdengar sprt bunyi dentuman dan srpt suara tentera yg ingin menyerang negara musuh..bila ditanya bunyi apakah itu..isteri beliau beritahu itulah suara ank murid abdullah bin mubarak..bila abdulllah bin mubarrak bersin..dan ucap Alhamdullilah.. lalu dibalas dgn para anak murid beliau..

******************

Manusia reka sistem pendidikan sekolah, kemudian reka kaedah untuk menilai (peperiksaan) dan beri markah dan gred. Siapa dapat A dia dianggap terdidik, siapa dapat E dianggap kurang terdidik. Kemudian pelajar berlumba2 mengejar A supaya jadi manusia terpelajar. Hasilnya, manusia lupa apa itu pendidikan yang sebenar dan walaupun dapat banyak A tapi tak kenal Allah dan kehidupan macam orang jahil.
Manusia reka sistem politik pemerintahan, kemudian reka kaedah demokrasi untuk lantik pemimpin. Siapa dapat undi banyak dia dapat jadi pemimpin, siapa dapat undi kurang dia gagal. Kemudian golongan nak perjuangkan Islam berlumba2 mengejar supaya dapat undi banyak dan dapat jadi pemimpin. Hasilnya, mereka lupa dan tak dapat nak faham apa itu kerajaan sebenar dan usaha atas politik merosakkan proses islah yang mereka sedang lakukan dan perpecahan demi perpecahan berlaku.
Jika majority Muslims ada solidarity bersama ulama haq, tak perlu kita iri dan dengki dengan siapa yang dapat undi banyak. tak perlu takut dengan korupsi pemimpin politik demokrasi. Korupsi mereka akan ditanya Allah di akhirat. Tapi kita akan ditanya Allah jika tidak menasihati pemimpin yang korup. Menasihati pemimpin korup bukan bertujuan untuk menjatuhkan mereka tapi supaya mereka kembali kepada Allah, seperti Musa A.S. dan Harun A.S. menasihati Firaun bukan untuk mengambil alih kerajaan Firaun tapi supaya Firaun beriman. Kejatuhan Firaun bukan keputusan Musa A.S. dan Harun A.S. tapi keputusan Allah SWT. Begitu juga menjatuhkan pemimpin korup zaman ini bukan keputusan kita tapi keputusan Allah SWT. Sampai suatu tahap dakwah kepada Firaun telah dibuat, barulah Allah buat keputusanNya. Allah yang mengangkat pemimpin dan menjatuhkan pemimpin, sesiapa yang Dia kehendaki. Itulah reality yang sama dari dulu sampai sekarang tidak berubah. Jika kisah Musa A.S. dan Firaun mempunyai reality berbeza dengan keadaan kita zaman sekarang, tidak perlulah Allah letakkan kisah itu dalam Quran. Tapi kerajaan rekaan manusia menyebabkan kita tak faham reality ini, umpama manusia tidak lagi faham apa itu pendidikan kerana mengejar markah dan gred dalam peperiksaan.
Jika majority Muslims ada solidarity bersama ulama haq, tak perlu kita iri dan dengki dengan siapa yang dapat undi banyak. tak perlu takut dengan korupsi pemimpin politik demokrasi. Apabila ummat ini belajar dari ulama yang haq, yang kaya akan bantu yang miskin, yang jahil akan belajar dengan yang alim, golongan professional akan minta nasihat ulama dalam hal agama, golongan ulama akan minta nasihat golongan professional dalam bidang mereka, amir yang dilantik adalah berkhidmat untuk orang bawahan dan orang bawahan memudahkan kerja amir; mereka semua berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Semua ini tak perlu kepada system pemerintahan politik yang direka oleh manusia. Biarkan mereka dengan "dunia" rekaan mereka. Kerajaan ini tak perlu kepada apa2 label seperi negara itu dan ini diberi label. Kerana inilah kerajaan yang sebenar tanpa apa2 label manusia. Sesiapa pun boleh jadi "rakyat" kepada kerajaan ini, hanya perlu ucapkan Laa ilaah illallah!


Wednesday, August 12, 2015

Bayan Tentang Kisah Pembunuh 99 Orang

Hadith daripada Sahih Muslim:

Nabi s.a.w bersabda : Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang rahib,
(Masyarakat di situ ketika itu tidak mengenali yang manakan orang alim dan yang mana bukan alim. Disangkanya rahib yang banyak beribadat sebagai orang alim, sedangkan ada hadith yang mengatakan syaitan lebih takut dengan satu orang alim berbanding seribu abid.)
lalu dia terus berjumpa rahib tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Rahib tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan tersebut dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.
(Apabila orang yang bukan ahli memberi fatwa, ia sesat lagi menyesatkan. Pembayan menyebut binasa dan membinasakan, iaitu yang memberi fatwa akhirnya dibunuh dan yang diberi fatwa akhirnya membunuh.)
Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang ulama, dia terus berjumpa ulama tersebut dan berkata : Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab : Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah.Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t. bersama mereka dan jangan pulang ke negeri kamu kerana negeri kamu adalah negeri yang sangat hina.
(Apabila seorang alim ingin memberi fatwa, sangat penting dia mengetahui keseluruhan karkuzari/laporan keadaan yang melibatkan isu/permasalahan yang memerlukan fatwa. Dalam kisah ini, kita dapat tahu bahawa alim tersebut tahu akan latar belakang pembunuh tersebut, di mana dan bagaimana keadaaan kampung dia tinggal. Kesimpulan yang dibuat oleh alim tersebut ialah suasana kampung tersebut yang menghalang pembunuh tersebut daripada bertaubat. Oleh itu, sangat penting seorang alim mengetahui keseluruhan perkara yang berkaitan isu yang perlu dikeluarkan fatwa.)
Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan.Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati,menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya.Malaikat Rahmat berkata : Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata : Dia tidak pernah melakukan kebaikan.Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata : Ukurlah jarak di antara dua tempat.Mana yang lebih hampir,itulah tempatnya.Lantas mereka mengukurnya.Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya.Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.

Tuesday, May 19, 2015

Pesanan Untuk Ahli Jemaah Tabligh

Berikut adalah pesanan dari seorang pelajar madrasah yang banyak bersuhbat dengan ulama dari Jemaah Tabligh:

*******COPY/PASTE*******

Josh tu bagus, tapi elders pesan, bila josh (semangat), wajib ada hosh (kebijaksanaan). Sahabat-sahabat Nabi SAW semuanya josh belaka, tapi mereka ada hosh, hikmah, kebijaksanaan, toleransi, akhlak. Kalau dah sampai kutuk ulamak non-tabligh, hutang tak mau bayar atas
 alasan "bila kita korban lagi, nanti Allah bayar hutang kita" dan sebagainya, itu josh yg tidak diterima oleh Allah SWT, Nabi SAW, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin, para wali, para ulama, para elders dan mashaikh kita dan tak layak mengaku "itu cara nabi" sebab ia bukan cara nabi.

cara yg mirip cara nabi ialah, hosh (hikmah) mesti diutamakan kemudian baru josh (semangat).

saya pernah baca dari tulisan seorang ustaz, katanya maulana ilyas pernah cakap yang dia ketahui 70 cara dakwah yg dilakukan nabi, tp beliau cuma ambil satu (cara yg tabligh guna) dan istiqamah dlm satu cara ini.

jadi sebab itulah masyaikh larang kita nafikan usaha lain kerana mungkin ia termasuk dlm 70 metod dakwah nabi yg dimaksudkan ml ilyas, cuma kita disuruh istikhlas iaitu tetap dgn kerja kita supaya tak celaru metod. sperti mana kita dituntut utk istikhlas menganut mazhab syafie tanpa menyalahkan mazhab lain. bukan beerti mazhab lain salah, tp kita tak ambil mazhab lain sbb nanti akan bercelaru amalan kita yg akhirnya akan menyebabkan kerosakan agama dlm diri kita.

jadi kita perlu raikan dakwah2 usaha lain seperti dakwah toriqah, dakwah pondok, dakwah habaib, dakwah wali songo, yg mana mereka ini terlebih dahulu wujud dan menjadi asbab islam tersebar di seluruh dunia khasnya nusantara sebelum datangnya tabligh.

kita lapangkan dada dan berterima kasih pd mereka kerana hidupkan dakwah cara nabi yg kita belum buat.

tapi utk kita, kita buat kerja ikut tertib yg ditetapkan pada kita. utk kelangsungan kerja. bukan untuk menafikan kerja lain dan josh buta tuduh semua sesat kecuali kita. tuduh semua bidaah kecuali kita je yang paling "mirip" cara nabi.

sebelum tabligh wujud, para wali dan ulama dah sebarkan agama di seluruh dunia bukan dengan cara tabligh. wujud islam di malaysia juga bukan dengan cara tabligh. mereka bukan keluar dakwah 3 hari, 40 hari mcm kita. tapi mereka keluar rumah, tak balik terus. sehingga hari ini saya dan tuan2 kenal islam asbab para wali dan habaib dan maulana2 dari yaman, india yg dtg berdagang+berdakwah+mengajar+bertariqat di nusantara.

malangnya, selepas kita dapat islam asbab usaha mereka. hari ini segelintir kita kata mereka salah dan sesat kerana tidak ikut "cara nabi" (yang mereka fahami hanya tabligh je cara nabi, sedangkan seperti yg ml ilyas katakan, ada 70 lagi metod dakwah nabi yg beliau tidak dedahkan pada karkun2).

tapi kerana sebahagian daripada kita tidak berdamping dgn masyaikh, maka sebahagian kita ditipu syaitan sehingga disuntik rasa tak senang hati pd mereka (dakwah pondok, habaib, tariqat, wali2 dll yg tak guna metod tabligh).

ini bukan kehendak elders kita.

elders larang kita taksub (anggap diri sendiri dan usaha sendiri je betul, yang lain semua salah) sebab ia sifat iblis yang anggap dia je betul, yang lain semua salah dan org yg amalkan sifat ini akan berada dalam kemurkaan Allah sptimana iblis dimurkai Allah sampai bila2. 

Tapi elders perintahkan kita utk tamassuk (yakin kerja yg dibuat dah betul, dlm masa yg sama kerja lain pun dihargai dan sentiasa risau kerja siapa yang akan Allah terima) dan istikhlas dengan jalan kita kerana ia sifat para sahabat yang berlapang dada sesama mereka tatkala khilaf dalam sesuatu perkara dan berada dalam rahmat Allah kerana khilaf dlm ummah ini rahmat.

inilah hakikat istikhlas yang selalu disebut2 elders kita. istikhlas akan datangkan kasih sayang kpd semua pekerja agama.

moga Allah bagi kita faham dan bagi kita taufik untuk sayangi semua umat nabi dan layan mereka samarata, bukan sayangi karkun sahaja.

sebenarnya, tanggungjawab kita ialah bawa agama yang sempurna dalam diri kita dan umat. bukannya "tabligh" kan umat. sebab kerja tabligh ni kerja agung, ia kerja para nabi, jadi bukan semua boleh dapat. yang mana ALLAH PILIH je boleh buat keja. sbb tu selalu disebut masyaikh yg kerja ni qabulliat, bukan pilihan.

kita berusaha "kenalkan" kerja ni pada semua org, pada seluruh umat, tapi yg mana Allah pilih je akan dapat usaha ni.

tapi, kalau AGAMA, ia untuk SEMUA. seluruh umat WAJIB sempurnakan agama dalam diri mereka.

jadi seorang karkun sejati, dia akan gembira bila "agama" hidup. bukan gembira bila tengok jumlah ahli tabligh yang meningkat. 

seandainya dalam dunia ni ramai orang tabligh, tapi agama tak hidup, ia tetap GAGAL.

tabligh bukan maksud, ia usaha qabuliat, ia wasilah.

maksud ialah AGAMA perlu dihidupkan.

jadi hargailah org islam walaupun mereka bukan karkun. bila mereka sujud pada Allah, itu dah sepatutnya buat kita sangaaaattt gembiraaa kerana agama sedang dihidupkan.

sebab tu masyaikh tak berminat pun nak tahu berapa ramai karkun yang wujud dalam dunia ni, tapi yang masyaikh berminat nak tahu ialah apakah agama hidup di muka bumi ni, berapa amal yang hidup, berapa banyak masjid hidup.

kita pulak yang tak faham2 ni, asyik sibuk dengan "jumlah ahli". bila ijtimak, pertama sekali kita teruja ialah "jumlah kehadiran".

wallahi, Allah hanya perlu datangkan seorang sahaja karkun untuk ubah seluruh dunia. (cthnya spti maulana ilyas)

Allah tak perlu berjuta2 ahli tabligh utk hidupkan agamanya.

jadi jgn tertipu dgn nama jemaah, jgn tertipu dgn jumlah ahli, itu semua permainan syaitan untuk buat kita leka. kita istiqamah sungguh2 dalam kerja. jangan sibuk nak islah orang. sebab kerja kita islah diri. islah orang tu kerja Allah.

banyakkan berdamping dgn elders, insyaAllah kefahaman kita terhadap tabligh akan kona baring 360 darjah.


saya teringat pernah baca malfuzat ml ilyas. kata beliau lebih kurang. "kita ni tak layak buat kerja ni, sebab tu kita kena usaha kenalkan usaha ni pada semua orang supaya orang yang layak akan ambil kerja ni (dan jadi asbab hidayat sluruh alam)." lebih kurang la.... aduh... tinggi betul ml ilyas ni..... cry emoticon terasa jauh sgt menyimpang bila sedar kefahaman elders kita yg tinggi2 ni.

*******COPY/PASTE*******



Sunday, April 5, 2015

Ekonomi Yang Bagus Dapat Selesaikan Masalah Dunia Islam?

Masalah orang Islam hari ini bukanlah kerana tiada harta (ekonomi). Kalau dihimpun semua harta2 orang Islam zaman ini dan digunakan atas satu maksud, nescaya akan cukup untuk menggegarkan dunia.
Tetapi tanpa bantuan Allah, harta bergunung pun tiada guna. Bantuan Allah hanya apabila kita hidup seperti Nabi SAW dan para salafussoleh seperti Sayyidina Umar RA dan para Sahabat yang lain. Bila kita cerita tentang para Sahabat, semua nak jadi macam Abdur Rahman bin Auf (yang kaya) dan tiada siapa peduli kisah Abu Hurairah (dan sahabat-sahabat lain yang miskin).
Kita anggap masalah Umat dapat diselesai jika dan hanya jika (if and only if) kita ada benda-benda dunia sehingga kita faham Quran pun dengan kaca mata dunia. Pernah jumpa risalah MLM guna ayat Surah Al-Asr "Demi Masa sesunggugnya manusia dalam kerugian..." kemudian menggunakan ayat itu untuk ajak orang join MLM. Dalam suatu program seorang imam guna ayat Surah Ali Imran "WasariAAoo ila maghfiratinmin rabbikum" dan berkata kita kena bersegera bersaing dalam ekonomi supaya orang Islam maju (sedangkan ayat itu suruh kita bersegera kepada maghfirah/keampunan Allah).
Menjadikan semua orang Islam kaya dan maju dalam ekonomi tidak menjamin masalah2 umat Islam diperbaiki. Kekayaan sama ada akan membawa keberkatan, ataupun kehancuran kepada umat Islam. Berapa ramai orang Islam yang kaya tetapi semakin jauh daripada Allah? Berapa ramai orang2 Islam yang kaya tetapi tidak pedulikan orang2 miskin? Yang kaya nak lagi kaya dan yang miskin tidak bersyukur dengan apa yang ada?


Tuesday, March 17, 2015

Jangan Meminta dan Mengharap Pada Makhluq

Di dalam Surah Yusuf, ada kisah Nabi Yusuf AS meminta bantuan seseorang supaya orang itu memberitahu kepada Raja akan keadaan Yusuf AS yang tidak bersalah tetapi dipenjarakan.
Kemudian pada ayat 42, Muhsin Khan memberi dua pendapat dalam terjemahan: "And he said to the one whom he knew to be saved: "Mention me to your lord (i.e. your king, so as to get me out of the prison)." But Shaitan (Satan) made him forget to mention it to his Lord [or Satan made [(Yusuf (Joseph)] to forget the remembrance of his Lord (Allah) as to ask for His Help, instead of others]. So [Yusuf (Joseph)] stayed in prison a few (more) years."
  1. Syaitan membuatkan orang tersebut lupa untuk memberitahu kepada Raja akan ehwal Nabi Yusuf AS. Disebabkan ini, Yusuf AS berada di dalam penjara beberapa tahun lebih lama.
  2. Syaitan membuatkan Nabi Yusuf AS lupa dari mengingati Allah dan menyebabkan Yusuf AS meminta bantuan kepada selain dari Allah. Disebabkan ini, Yusuf AS berada di dalam penjara beberapa tahun lebih lama.

Semoga semua pejuang Islam yang kini berada di dalam penjara tidak lupa untuk mengingati Allah dan meminta bantuan hanya kepada Allah, dan tidak meminta-minta kepada mana-mana Raja ataupun negara luar seperti Amerika.


Atas Pagar

Seseorang itu "berdiri atas pagar" kerana "pagar" itulah haq, dan "terjatuh ke kiri atau kanan" itulah bathil...jadi dia bukan tidak menyebelahi mana-mana pihak...tetapi dia menyebelahi haq dan menentang bathil.
Yang mana haq dan yang mana bathil itu bergantung kepada kaca mata kita...ada orang memakai kaca mata politik kepartian untuk menjustifikasikan mana satu haq atau bathil...ada orang memakai kaca mata Al-Quran dan Sunnah.


Sunday, March 8, 2015

Cara Nabi SAW Melayan Tiga Jenis Manusia

Orang Yang Kuat Iman Tetapi Kurang Berilmu
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahwasanya Rasulullah saw melihat sebuah cincin dari emas ditangan seorang laki-laki maka beliau saw pun melepas dan membuangnya. Dan beliau saw bersabda,”Salah seorang diantara kalian sengaja menginginkan bara api dari neraka dengan mengenakannya (cincin emas) ditangannya.’ Kemudian dikatakan kepada laki-laki itu setelah Rasulullah saw pergi,’Ambillah cincinmu dan manfaatkanlah.’ Orang itu berkata,’Tidak, demi Allah aku tidak akan mengambilnya selama-lamanya, sesungguhnya Rasulullah saw telah membuangnya.” (HR. Muslim)

Orang Yang Lemah Iman Tetapi Berilmu
Suatu hari ada seorang pemuda yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, izinkan aku berzina!”
Orang-orang pun bergegas mendatanginya dan menghardiknya, “Diam kamu! Diam!”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Mendekatlah.”Pemuda itu pun mendekat lalu duduk.Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Relakah engkau jika ibumu dizinai orang lain?”“Tidak demi Allah wahai Rasul,” sahut pemuda itu.“Begitu pula orang lain, tidak rela kalau ibu mereka dizinai.”Lanjut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Relakah engkau jika putrimu dizinai orang?”“Tidak demi Allah wahai Rasul!” pemuda itu kembali menjawab.“Begitu pula orang lain, tidak rela jika putri mereka dizinai.”“Relakah engkau jika saudari kandungmu dizinai?”“Tidak, demi Allah, wahai Rasul!”“Begitu pula orang lain, tidak rela jika saudara perempuan mereka dizinai.”“Relakah engkau jika bibi – dari jalur bapakmu – dizinai?”“Tidak, demi Allah, wahai Rasul!”“Begitu pula orang lain, tidak rela jika bibi mereka dizinai.”“Relakah engkau jika bibi – dari jalur ibumu – dizinai?”“Tidak, demi Allah, wahai Rasul!”“Begitu pula orang lain, tidak rela jika bibi mereka dizinai.”Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meletakkan tangannya di dada pemuda tersebut sembari berkata, “Ya Allah, ampunilah kekhilafannya, sucikanlah hatinya, dan jagalah kemaluannya.”Setelah kejadian tersebut, pemuda itu tidak pernah lagi tertarik untuk berbuat zina. (Ahmad)

Orang Yang Lemah Iman Dan Kurang Berilmu

Dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu, beliau berkata, Seorang Arab Badui pernah memasuki masjid, lantas dia kencing di salah satu sisi masjid. Lalu para sahabat menghardik orang ini. Namun Nabi shallallahu alaihi wa sallam melarang tindakan para sahabat tersebut. Tatkala orang tadi telah menyelesaikan hajatnya, Nabi shallallahu alaihi wa sallam lantas memerintah para sahabat untuk mengambil air, kemudian bekas kencing itu pun disirami. (Bukhari dan Muslim)

Dari Perkongsian Ustaz Farkhan Yang Sedang Menuntut Di Madinah

Pengajian kami hari ni di Masjid Nabawi bersama Syeikh Firanda Andirja menggunakan Kitab Umdatul Ahkam memasuki bahagian Taharah. Syeikh menyentuh Hadis seorang Badwi yang datang kencing di Masjid Nabawi. Sahabat semua bangun ingin menghalang tetapi hikmahnya dakwah Nabi Saw biarkan dia selasai buang air dulu kemudian baru di tegur. Kata Syeikh, ini bukan bermakna Nabi Saw suruh biarkan kemungkaran, tetapi cegah kemungkaran atau nahi mungkar ni ada fasanya:
  1. Wajib cegah kalau mungkar tu terus terhenti setelah di cegah
  2. Wajib cegah walaupun mungkar tu tak terus terhenti tp ia berkurang selepas di cegah
  3. Berijtihad dalam mencegah bila mungkar tu tak berkurang dan tak bertambah atau mungkar tu bertukar kepada mungkar lain
  4. Haram mencegah kalau semakin cegah, mungkar tu bertambah atau mungkar yg lebih besar akan berlaku..