Immanuel Kant (22 April 1724 – 12 February 1804) menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu diklasifikasikan sebagai bermoral atau tidak, bergantung kepada kehendak pelaku tersebut (the will of the actor) dan bukan akibat daripada tindakannya itu. Sebagai contoh:
- Seorang peragut ingin meragut beg tangan seorang perempuan tua, tetapi disebabkan tindakannya meragut menyebabkan perempuan tua itu terselamat dari dilanggar lori. Kesimpulan Kant = Tidak Bermoral.
- Seorang lelaki bertindak menarik seorang perempuan tua untuk menyelamatkannya dari dilanggar lori menyebabkan perepmpuan tua tersebut diserang sakit jantung lalu meninggal. Kesimpulan Kant = Bermoral.
Kids helping a dog. (Photo from: emails4all.blogspot.com)
Dari Perspektif Islam
Diriwayatkan daripada 'Umar bin Khattab r.a. berkata, aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Hadith ini mungkin selari dengan pandangan Kant, tetapi terdapat perbezaan yang sangat besar iaitu antara niat dan kehendak (will). Kehendak adalah kemahuan diri kita sendiri. Ia juga berbeza dengan keinginan (desire) yang lebih dipengaruhi oleh aspek emosi.Sebagai Muslim, hanya kehendak Allah S.W.T. sahaja yang perlu kita tunaikan. Ini tidak bermaksud kita tidak boleh memiliki kehendak sendiri, tapi kehendak kita perlu selari dengan kehendak Allah S.W.T. Atau, sekurang-kurangnya kita perlu berusaha supaya kehendak kita selari dengan kehendak Allah S.W.T.
Seorang Muslim sepatutnya menolak pandangan Kant yang menjadikan kehendak pelaku sebagai penentu sesuatu perlakuan sama ada bermoral atau tidak. Ini kerana sebagai seorang Muslim (orang yang berserah) telah menyerahkan dirinya kepada Allah S.W.T. dan kehendaknya harus bertepatan dengan kehendak Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. sebagai Rabb Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Adil pasti tidak sekali-kali akan menghendaki kita berbuat kezaliman.
huhu..still can't differentiate will and intention in the examples given for Kant
ReplyDelete