Saturday, February 14, 2015

Institutionalized Religion Versus Institutionalized Organization

Di Barat, kalau kita sebut "institutionalized religion" ia akan membawa maksud yang negatif. Ia bermakna agama yang mempunyai organisasi berhierarki, mempunyai ketua yang authoritative, mengajar secara indoktrinasi, dan tiada siapa boleh mencabar ajaran agama tersebut.

Perkara yang pelik ialah kenapa istilah "institutionalized" apabila digunakan untuk agama ia menjadi istilah yang negatif, tapi jika digunakan untuk sesuatu organisasi sekular tidak dianggap negatif?
Contohnya, kalau Presiden dan orang-orang besar dalam sesebuah universiti merangka polisi dan perlembagaan universiti, majoriti orang akan taat dan ikut. Perkara ini penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah organisasi besar seperti sebuah universiti. Bayangkan kalau semua orang menolak institusi pendidikan dan masing-masing bebas mengeluarkan sijil pengiktirafan atas usaha peribadi dalam mendalami sesuatu bidang? Apa akan jadi pada masyarakat?

Hakikatnya, Barat menjadikan istilah "institutionalized religion" sebagai negatif disebabkan sejarah Kristian Katolik yang pada suatu masa dahulu telah menayalahgunakan agama sebagai alat untuk menindas masyarakat. Perkara ini tidak akan dapat dipadam oleh sejarah. Reaksi terhadap kekejaman Kristian Katolik ialah gerakan untuk membebaskan manusia daripada agama, daripada Tuhan, atas alas an (semua) agama itu menindas.

Sangat menyedihkan, kesilapan yang dilakukan Kristian Katolik menyebabkan semua agama telah dihukum sebagai menindas.

Antara yang terpengaruh dengan pemikiran Barat ini ialah golongan Muslim. Kita dapat lihat semakin ramai masyarakat Muslim telah mula mempertikaikan autoriti 'ulama. Apabila golongan Kristian mewujudkan kumpulan Protestant (yang membawa fahaman bahawa Bible boleh ditafsir oleh setiap penganut Kristian secara individu) sebagai bantahan kepada penindasan Katolik, ada juga Muslim yang terpengaruh dengan fahaman tersebut dan yaqin bahawa Quran boleh ditafsir tanpa rujukan mana-mana ulama.

Islam tidak seperti Katolik atau Protestant. Dalam Islam, sesiapa boleh mentafsir Al-Quran TETAPI dengan syarat: Orang yang menafsir Al-Quran mestu menguasai ilmu untuk mentafsir Al-Quran, dan tidak menafsir mengikut pemikiran sendiri tanpa ilmu yang sahih.

Kesimpulannya, institutionalized religion tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang negative, tetapi perlu bersihkan supaya hanya 'ulama yang haq sahaja yang menerajui sesuatu institusi agama.

Lihatlah adab-adab seorang pelajar agama dan ciri-ciri ulama akhirat dalam buku "Kitab Adab-Adab Pelajar: Bersamanya Himpunan Sifat-Sifat Ulama Akhirat"


No comments:

Post a Comment