Tuesday, February 24, 2015

Koleksi Status Facebook Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud

Agama Di Atas dan Bukan Di Bawah
Orang2 berfahaman sekular menganggap semua agama adalah hasil ciptaan akal dan kebudayaan Umatnya. Justeru itu, dalam kelompok ilmiah dan penyelidikan, mereka biasanya meletakkan agama dan penyelidikan tntnang agama di bawah ilmu kemanusiaan dan sains sosial.
Islam bukan hasil akal dan kebudayaan Manusia. Malah agama Islamlah yg menentukan tujuan dan batas2 akal serta mencorakkan kebudayaan Manusia. Kegiatan dan penyelidikan tentang agama Islam serta peradaban yg dilahirkann...ya harus diletakkan DI ATAS semua bidang-bidang2 keilmuan, sains dan teknologi, BUKAN di bawah atau di dalam semua itu.
Paling minima, kegiatan dan penyelidikan tentang Islam dan peradabannya harus berdiri sendiri tetapi berkait dan berhubungan rapat dgn semua yg lain.
Umat Islam harus melihat ilmu dan mengatur kegiatan keilmuan dan segala perkara lainya mengikut pandangan alamnya sendiri, bukan terikut-ikut dgn yg lain yg menyalahi prinsip2 utamanya.
Rules and Procedures
Rules and Procedures are very important means to ensure smooth running of organizations, factories and events. However in the hands of people who lack broad-based knowledge, experience and wisdom, these useful tools can also be instruments for rigidity, denial of more innovative and creative alternatives and of injustice.
Me: ...and when this happened, there will rise a group of people who will be rebellious and fighting against all kind of rules in the name of freedom and justice, including fighting against rules from the people of truth.
 
Pandangan Alam
"Pandangan Alam Islam adalah seperti sebuah peta perjalanan dari Tuhan utk kembali kepada Tuhan dan mendapatkan keredhaanNya. Jika peta itu jelas, kerana dilakarkan dgn tepat dan hati2 oleh Nabi SAW dgn rantaian sahabat, tabiuun dan ulamak muktabar sepanjang zaman, perjalanan kita akn tiba ke destinasi dgn sejahtera.
 
Jika kita tergelincir atau tersalah jalan, kita masih dpt mencari kembali jalan yg betul kerana petanya jelas dan tidak berubah. Warna tulisan, saiz petunjuk, jarak antara tempat2 blh berubah tetapi makna, tujuan, adab dan tatacara serta tanda2 utama perjalanan tidak blh berubah. Aliran sekular dan liberal melampau, juga aliran agama yg sempit sebenarnya cuba merobah peta perjalanan suci ini. Hanya dgn pelbagai ilmu luas dan mendalam, berdasarkan peta yg tepat dan jelas, kita blh tiba ke destinasi yg diredhaai."
 
Akan ditambah, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment