Apa itu teori? Ia berasal dari beberapa perkataan Greek dan Latin yang memberi beberapa maksud-maksud seperti skema minda, konsep, spekulasi, renungan, dan persepsi. A theory is a set of interrelated constructs (concepts), definitions, and propositions that present a systematic view of phenomena by specifying relations among variables, with the purpose of explaining and predicting the phenomena. (Kerlinger,1973). Oleh itu, sesuatu teori itu bukanlah suatu kebenaran mutlak. Ia hanyalah konsep yang kita bina dalam minda kita untuk menjelaskan fenomena yang berlaku. Oleh itu, teori perlulah bertepatan dengan fakta.
Apa itu fakta? Sangat penting untuk kita bezakan antara teori dan fakta. Fakta pula berasal dari perkataan Latin yang mulanya bermaksud “something that has actually occurred” tetapi kemudian berubah maksudnya kepada “thing known to be true” sekitar tahun 1630-an. Fakta juga bukanlah kebenaran mutlak kerana ia hanya benar secara temporal. Suatu masa dahulu manusia benar-benar percaya bahawa bumi adalah rata. Ketika itu, “Bumi adalah rata” adalah fakta. Walau bagaimanapun, apabila telah dibuktikan bahawa bumi adalah sfera, kenyataan “Bumi adalah rata” bukan lagi suatu fakta. Fakta terkini ialah “Bumi adalah sfera.” Sekarang ini, kenyataan “Matahari terbit di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat” adalah fakta. Tetapi, sekiranya kita bangun keesokan pagi dan semua melihat matahari terbit di sebelah barat dan bergerak ke arah timur, maka fakta itu berubah lagi. Walau bagaimanapun, sesetengah ahli logic menganggap fakta sebagai sesuatu yang kekal benar sepanjang masa. Tetapi ia bukanlah definisi fakta yang selalu digunakan oleh orang kebanyakan.
Apa itu kebenaran? Saya lebih selesa menggunakan perkataan “haq” dalam menerangkan erti kebenaran. Ini kerana perkataan haq mempunyai konotasi sesuatu yang benar secara mutlak, tidak bergantung kepada situasi atau keadaan mahupun masa. Haq ialah kebenaran mutlak.
Salah satu Nama daripada 99 Nama-Nama Allah ialah Al-Haqq yang bermaksud Kebenaran Mutlak.
Antara doa yang diajarkan oleh Nabi SAW adalah seperti berikut:
"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang Hak, janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq,hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."
No comments:
Post a Comment