Pada zaman ini, slogan memerangi kezaliman pemimpin dan penindasan oleh pihak atasan menjadi semakin popular. Ini adalah slogan yang selalu dilaungkan oleh golongan yang merasa mereka telah dizalimi oleh pihak tertentu.
Rakyat yang merasa mereka dizalimi oleh pemerintah.
Orang miskin yang merasa mereka dizalimi oleh golongan kaya.
Golongan proletarian yang merasa mereka dizalimi oleh golongan borjuis.
Dengan hanya bergantung akal yang dipandu emosi, rakyat, golongan miskin, dan golongan proletarian akan berfikir bahawa kezaliman hanya akan berakhir jika penzalim dihilangkan daripada kekuasaan yang membolehkan mereka melakukan kezaliman. Oleh itu, tindakan yang lazim ingin mereka ambil bagi memerangi kezaliman ialah dengan menjatuhkan mereka dalam segenap sudut.
Golongan penzalim pula akan merasa yang mereka terancam dan berusaha mempertahankan kedudukan dan kekuasaan mereka.
Pemikiran begini akan menyebabkan golongan yang dizalimi akhirnya mereka sendiri menjadi penzalim dalam dua konteks:
1) Mereka akan menzalimi penzalim dengan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan penzalim termasuk memfitnah, mencerca, dan mensabotaj penzalim. Ini semua dilakukan atas alasan tidak salah berbuat demikian untuk menegakkan keadilan.
2) Mereka akan menzalimi penzalim dengan tindakan-tindakan yang menutup ruang-ruang untuk penzalim bertaubat dan berubah kepada kebaikan.
Nabi SAW bersabda "Berbuat baik pada orang yang berbuat baik padamu, tetapi jangan berbuat zalim terhadap orang yang menzalimimu."
Pujangga bermadah, "Semakin diubati, penyakit semakin bertambah."
makasih artikelnya dan bagus
ReplyDeletehttp://birojasastnkjakarta.blogspot.com