Dari Kitab Hayatus Sahabah, mengisahkan peristiwa Fathhul Makkah. Ketika rombongan para Sahabat (R.Hum) berbondong-bondong memasuki Kota Mekah, Rasulullah S.A.W. memerintahkan Abbas (RA) untuk membawa Abu Sufyan (yang ketika itu belum Islam) ke suatu kawasan di mana mereka dapat melihat rombongan-rombongan yang masuk.
Kabilah demi kabilah, panji demi panji, kumpulan demi kumpulan, yang berarak masuk ke Kota Mekah. Setiap kabilah yang lalu, Abu Sufyan bertanya kepada Abbas (RA), "Kabilah manakah mereka ini?" dan Abbas (RA) akan menjawab "Kabilah sekian-sekian..."
Apabila tiba rombongan Rasulullah S.A.W. bersama para Sahabat dari golongan Ansar, Abu Sufyan bertanyakan kepada Abbas (RA), "Wahai Abbas, siapakah mereka?" Abbas (RA) menjawab "Mereka ialah orang-orang yang tidak takut untuk menumpahkan darah musuh." Itu ialah Rasulullah S.A.W. bersama orang-orang Ansar."
Abu Sufyan berkata "Aku telah melihat kerajaan Kisra (Parsi) dan Ceaser (Rome) tetapi aku tidak pernah melihat kerajaan seperti kerajaan anak saudaramu ini." Mendengarkan ini, Abbas (RA) menjawab "Ini Nubuwwah."
Islam tidak bangkit seperti Rom, Parsi, atau Barat, bangkit, tapi Islam bangkit melalui Nubuwwah. Masalahnya kita tidak faham apa itu Nubuwwah. Untuk kita faham apa itu Nubuwwah, kita perlu ubah pandangan alam (worldview) kita daripada pandangan alam secular kepada pandangan alam Islam.
Di dalam salah satu post facebook Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau mengatakan "Pandangan Alam Islam adalah seperti sebuah peta perjalanan dari Tuhan utk kembali kepada Tuhan dan mendapatkan keredhaanNya. Jika peta itu jelas, kerana dilakarkan dgn tepat dan hati2 oleh Nabi SAW dgn rantaian sahabat, tabiuun dan ulamak muktabar sepanjang zaman, perjalanan kita akn tiba ke destinasi dgn sejahtera. Jika kita tergelincir atau tersalah jalan, kita masih dpt mencari kembali jalan yg betul kerana petanya jelas dan tidak berubah. Warna tulisan, saiz petunjuk, jarak antara tempat2 blh berubah tetapi makna, tujuan, adab dan tatacara serta tanda2 utama perjalanan tidak blh berubah. Aliran sekular dan liberal melampau, juga aliran agama yg sempit sebenarnya cuba merobah peta perjalanan suci ini. Hanya dgn pelbagai ilmu luas dan mendalam, berdasarkan peta yg tepat dan jelas, kita blh tiba ke destinasi yg diredhaai."
Di dalam post yang lain, beliau berkata "Orang-orang berfahaman sekular menganggap semua agama adalah hasil ciptaan akal dan kebudayaan Umatnya. Justeru itu, dalam kelompok ilmiah dan penyelidikan, mereka biasanya meletakkan agama dan penyelidikan tntnang agama di bawah ilmu kemanusiaan dan sains sosial. Islam bukan hasil akal dan kebudayaan Manusia. Malah agama Islamlah yg menentukan tujuan dan batas2 akal serta mencorakkan kebudayaan Umatnya. Kegiatan dan penyelidikan tentang agama Islam serta peradaban yg dilahirkannya harus diletakkan DI ATAS semua bidang-bidang2 keilmuan, sains dan teknologi, BUKAN di bawah atau di dalam semua itu.
Paling minima, kegiatan dan penyelidikan tentang Islam dan peradabannya harus berdiri sendiri tetapi berkait dan berhubungan rapat dgn semua yg lain. Umat Islam harus melihat ilmu dan mengatur kegiatan keilmuan dan segala perkara lainya mengikut pandangan alamnya sendiri, bukan terikut-ikut dgn yg lain yg menyalahi prinsip2 utamanya.
Apabila orang-orang Islam mula terikut-ikut dengan pandangan alam secular, maka muncullah orang-orang Islam yang ingin memperjuangkan Islam dan kebaikan tetapi melihat Islam tetapi mereka tidak sedar yang mereka memiliki pandangan alam sekular. Mereka tidak merasakan yang mereka sekular kerana perjuangan mereka untuk menegakkan keadilan dengan memetik ayat-ayat Quran dan Hadith. Tetapi mereka tidak sedar yang mereka telah meletakkan Islam di BAWAH ilmu kemanusiaan dan sains sosial.
Pujangga bermadah, "Semakin diubati penyakit semakin bertambah."
No comments:
Post a Comment